Pages

Wednesday, 11 May 2011

~info Hamil: Nutrisi Penting Sewaktu Hamil..

gambar hiasan..


Protin:
Patikan 3 makanan utama diambil mengandungi protin tinggi seperti kekacang, daging, telur keju y berfungsi membina tisu & otot bayi.

Kalsium:
Banyakkan pengambilan susu, ikan dalam tin, kacang soya, tauhu & produk tenusu yeng penting untuk menguatkan tulang & gigi bayi.

Zat Besi:
Banyakkan pengambilan daging merah bagi melancarkan perjalanan darah bayi & ibu disamping vitamin C. Misalnya tiram, buah kering, kacang soya, bijirin, roti gandum dan kekacang.

Asid Folik:
Ia sangat penting dalam kehamilan. Ia membantu mengatur pembentukkan sel saraf 'embryonic & fetal' yang penting untuk tumbesaran normal. Banyakkan pengambilan makanan mengandungi asid folik seperti barli, daging lembu, beras perang, keju, ayam, buah kurma, sayuran berdaun hijau, daging kambing, hati, susu, cendawan, oren, ikan salmon, tuna, gandum & bijirin.

Serat:
Banyakkan mengambil makanan serat tinggi kerana ia berperanan menghalang penyerapan zat gizi lain seperti lemak, karbohidrat dan protien. Makanan seperti buah-buahan, roti gandum, bijirin dan bertih jagung.

Air:
Amalkan meminum air putih lapan hingga 12 gelas sehari. Tubuh ibu mengandung juga memerlukan cecair seperti susu, jus & sup.



Dipetik dari Info Sihat, Metro Ahad, 8 Mei 2011 oleh Hidayatul Akmal Ahmad

0 ulasan:

Post a Comment