Pages

Tuesday, 28 June 2011

~isra' Mi'raj

salam.. hi semua.. lame xtulis dalam blog nie..eemm..memandangkan esuk kita semua cuti sempena sambutan isra' mi'raj so.. arini saya nak kongsi sedikit info ape y saya dapat tym dengar ceramah kat Pusat Islam tempat saya kerja.. menarik.. penceramah nya bagus.. pndai berceramah.. lawak..tidak bosan.. pandai menyampaikan ceramah.. Ustaz Mohd Isa Bin Abdul Rahman dari Jabatan Mufti Negeri Kedah D.A.. selama 2jam berceramah.. terasa macam sejam je..


Peristiwa Isra' Mi'raj

semua sedia tahu kan peristiwa isra' mi'raj.. Kisah bermula ketika Nabi Muhammmad SAW sedang berbaring di Hijr Ismail di sebelah Ka’bah. Muncul malaikat Jibril dan Mikail yang dibantu oleh satu lagi malaikat lain. Malaikat-Malaikat ini mengangkat Nabi Muhammad SAW dan dibawa ke telaga zamzam. Mereka menelentangkan baginda lalu Malaikat Jibril membelah dada Nabi Muhammad SAW hingga ke pusatnya. Malaikat Jibril mengeluarkan hati Nabi Muhammad SAW dan menyucikannya sebanyak tiga kali dengan menggunakan air zam-zam. Kemudian menghapuskan segala gangguan yang menyakiti berupa darah beku hitam (tempat godaan syaitan). 

Selepas selesai, malaikat Mikail membawa tiga bejana emas yang berisi hikmat dan iman lalu mengisikannya ke dalam dada baginda Nabi Muhammad SAW. Kemudian mereka mentautkan kembali dada baginda sehingga pulih seperti sediakala. Selepas pembelahan dada Nabi Muhammad SAW selesai mereka melakukan perjalanan pada malam itu yang bermula dari Masjidil Haram menuju ke Masjidil Aqsa. Seekor Buraq dari syurga yang lengkap dengan pelana telah dikhaskan menjadi tunggangan baginda. Buraq ini juga pernah menjadi kenderaan yang digunakan oleh para Nabi di zaman silam seperti Nabi Ibrahim as sewaktu baginda pergi ke Baitullah dari Syam.

Buraq tunggangan baginda itu berbentuk seekor binatang berwarna putih, besar sedikit daripada keldai dan kecil daripada baghal. Apabila ia berlari, jangkauan kaki hadapannya sejauh mata memandang. Sewaktu mendaki gunung, panjanglah kedua kaki belakangnya dan apabila turun gunung pendeklah pula kedua kaki belakangnya. 

Apabila sampainya di Baitul Muqaddis Nabi Muhammad SAW menambatkan Buraq itu di tempat yang pernah ditambatkan oleh para Nabi. Kemudian Nabi Muhammad SAW masuk ke dalam masjid untuk menunaikan sembahyang sunat dua rakaat. Setelah selesai sembahyang Jibril membawakan segelas arak dan segelas susu. Lalu Nabi SAW memilih susu untuk diminumnya. Jibril pun berkata “Anda telah memilih sesuatu pilihan mengikut  fitrah”

Sementara itu Imam Ahmad pula telah meriwayatkan daripada Abdullah b Abbas ra beliau menyatakan  bahawa Nabi Muhammad SAW sampai di Masjid al-Aqsa, beliau telah mengimamkan sembahyang yang diikuti oleh seluruh para Nabi.


Saat yang paling penting dalam Mi’raj ini ialah ketika Nabi Muhammad SAW diterima mengadap Allah SWT. Baginda dapat melihat zat-Nya Yang Luhur, yang tidak mampu digambarkan oleh akal fikiran dan tidak dapat diceritakan oleh lidah. Ini adalah kerana Maha Suci dan Maha Agung-Nya jika hendak dibandingkan dengan segala sifat-sifat makhluk yang bersifat baharu ini. Pada malam itu juga Allah SWT mewajibkan solat ke atas umat Nabi Muhammad SAW 50 sembahyang sehari semalam. Tetapi setelah berulang kali Nabi Muhammad SAW bertemu dengan Allah SWT dan akhirnya dikurangkan 5 kali sahaja untuk sehari semalam.


------> bersambung la pulak~
(^______^)v    




0 ulasan:

Post a Comment