Jom berkongsi petua untuk mecantikkan diri kita.. petua nie saya amik dari salah sebuah buku yang saya baca Hanya Wanita. kepada wanita-wanita kat luar tue.. anda patut miliki buku nie.. sesuai untuk kita mengenali tentang diri kita.. macam-macam yang diterangkan dalam buku ini.. dr organ reproduksi wanita, vagina, payudara, haid, sakit puan & macam-macam lagi..
Petua Kecantikkan Diri
...::: Melicinkan & Memerahkan Kulit Muka
Ambil sebiji buah tomato masak, lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di seluruh muka. Biarkan mengering selama 20 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu 2 atau 3 kali.
...::: Menyerikan Wajah
Wanita yang ingin wajahnya sentiasa berseri dipandang bolehlah mengamalkan amalan di setiap pagi iaitu selawat sebanyak 3 kali sebelum mencuci muka dan sapukan air itu ke muka. InsyaALLAH akan berserilah wajah anda. Selamat mencuba.
...::: Mengelakkan Perut Buncit
Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air. Minum air setelah selesai makan. Sebaik-baiknya 1/2jam kemudiannya.
...::: Awet Muda
Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat ke atas nabi di kedua tapak tangan dan ruapkan ke muka beserta niat dalam hati supaya diindahkan wajah seperti nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.
...::: Mengempiskan Perut
Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Sebatikan lalu disapu pada perut kemudian ikat perut seperti perempuan yang baru lepas bersalin (bengkung). Jika tidak mahu, lumurkan atau sapu dekat perut sahaja, amalkan setiap malam.
...::: Menhilangkan Parut
Ambil sedikit asam jawa, Kemudian ramas dengan mencampurkan sedikit air (jangan terlalu cair). Selepas itu, sapukan pada tempat yang berparut. Biarkan sehingga kering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam. InsyaALLAH ia amat berkesan untuk menghilangkan parut.
~sumber: Hanya Wanita, keluaran alaf 21~

0 ulasan:
Post a Comment