Pages

Tuesday, 28 June 2011

~isra' Mi'raj

salam.. hi semua.. lame xtulis dalam blog nie..eemm..memandangkan esuk kita semua cuti sempena sambutan isra' mi'raj so.. arini saya nak kongsi sedikit info ape y saya dapat tym dengar ceramah kat Pusat Islam tempat saya kerja.. menarik.. penceramah nya bagus.. pndai berceramah.. lawak..tidak bosan.. pandai menyampaikan ceramah.. Ustaz Mohd Isa Bin Abdul Rahman dari Jabatan Mufti Negeri Kedah D.A.. selama 2jam berceramah.. terasa macam sejam je..


Peristiwa Isra' Mi'raj

semua sedia tahu kan peristiwa isra' mi'raj.. Kisah bermula ketika Nabi Muhammmad SAW sedang berbaring di Hijr Ismail di sebelah Ka’bah. Muncul malaikat Jibril dan Mikail yang dibantu oleh satu lagi malaikat lain. Malaikat-Malaikat ini mengangkat Nabi Muhammad SAW dan dibawa ke telaga zamzam. Mereka menelentangkan baginda lalu Malaikat Jibril membelah dada Nabi Muhammad SAW hingga ke pusatnya. Malaikat Jibril mengeluarkan hati Nabi Muhammad SAW dan menyucikannya sebanyak tiga kali dengan menggunakan air zam-zam. Kemudian menghapuskan segala gangguan yang menyakiti berupa darah beku hitam (tempat godaan syaitan). 

Selepas selesai, malaikat Mikail membawa tiga bejana emas yang berisi hikmat dan iman lalu mengisikannya ke dalam dada baginda Nabi Muhammad SAW. Kemudian mereka mentautkan kembali dada baginda sehingga pulih seperti sediakala. Selepas pembelahan dada Nabi Muhammad SAW selesai mereka melakukan perjalanan pada malam itu yang bermula dari Masjidil Haram menuju ke Masjidil Aqsa. Seekor Buraq dari syurga yang lengkap dengan pelana telah dikhaskan menjadi tunggangan baginda. Buraq ini juga pernah menjadi kenderaan yang digunakan oleh para Nabi di zaman silam seperti Nabi Ibrahim as sewaktu baginda pergi ke Baitullah dari Syam.

Buraq tunggangan baginda itu berbentuk seekor binatang berwarna putih, besar sedikit daripada keldai dan kecil daripada baghal. Apabila ia berlari, jangkauan kaki hadapannya sejauh mata memandang. Sewaktu mendaki gunung, panjanglah kedua kaki belakangnya dan apabila turun gunung pendeklah pula kedua kaki belakangnya. 

Apabila sampainya di Baitul Muqaddis Nabi Muhammad SAW menambatkan Buraq itu di tempat yang pernah ditambatkan oleh para Nabi. Kemudian Nabi Muhammad SAW masuk ke dalam masjid untuk menunaikan sembahyang sunat dua rakaat. Setelah selesai sembahyang Jibril membawakan segelas arak dan segelas susu. Lalu Nabi SAW memilih susu untuk diminumnya. Jibril pun berkata “Anda telah memilih sesuatu pilihan mengikut  fitrah”

Sementara itu Imam Ahmad pula telah meriwayatkan daripada Abdullah b Abbas ra beliau menyatakan  bahawa Nabi Muhammad SAW sampai di Masjid al-Aqsa, beliau telah mengimamkan sembahyang yang diikuti oleh seluruh para Nabi.


Saat yang paling penting dalam Mi’raj ini ialah ketika Nabi Muhammad SAW diterima mengadap Allah SWT. Baginda dapat melihat zat-Nya Yang Luhur, yang tidak mampu digambarkan oleh akal fikiran dan tidak dapat diceritakan oleh lidah. Ini adalah kerana Maha Suci dan Maha Agung-Nya jika hendak dibandingkan dengan segala sifat-sifat makhluk yang bersifat baharu ini. Pada malam itu juga Allah SWT mewajibkan solat ke atas umat Nabi Muhammad SAW 50 sembahyang sehari semalam. Tetapi setelah berulang kali Nabi Muhammad SAW bertemu dengan Allah SWT dan akhirnya dikurangkan 5 kali sahaja untuk sehari semalam.


------> bersambung la pulak~
(^______^)v    




Monday, 13 June 2011

~Kelebihan Sujud

gambar hiasan

Sujud 
melegakan sistem pernafasan. Mungkin ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t.. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.

Antara hikmah sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.

Bernafas ketika sujud pula boleh:

 membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat 
asalnya..
 membetulkan pundi peranakan yang jatuh.
 melegakan sakit hernia. (burut)
 mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
 melegakan paru-paru daripada ketegangan.
 mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.
 kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.
 meringankan bahagian pelvis.
 memberi dor ong an supaya mudah tidur.
 menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud 
dan bangun daripada sujud.
 pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik..
 bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.
 mengurangkan kegemukan.
 pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan 
mudah kembali ke tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut(convulsions) .
 organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
 mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya..


Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekaligus mengikis sifat sombong , riak, takbur dan sebagainya.

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentality seseorang.

Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.


::Sumber dari emel: Myhubby~

Thursday, 9 June 2011

~Doa elak dirogol

keratan akhbar

salam.. 
hi semua.. arini saya nak kongsi dgn anda semua tentang doa sebagai pelindung diri kita drpd dirogol..Zaman skg nie kalo tgk kat berita..bukan hanya perempuan y belum berkahwin (atau lagi best ayat ANAK DARA) je y manjadi mangsa, tetapi y dah berkahwin turut menjadi mangsa.. penah dengar x berita, isteri di rogol di depan suami oleh perompak..sangat sedey bila dgr berita cm tue=(.. yang lg sedey bila nenek pon leh menjadi mangsa rogol oleh cucu nya sendiri.. ya ALLAH.. bagaimana lah nasib anak-anak kita pada masa akan datang..



Doa Mengelakkan Diri Daripada Dirogol :    


Maksudnya: “Ya Allah, sekiranya Engkau mengetahui bahawa aku beriman denganMu dan RasulMu, dan aku memelihara kehormatanku hanya untuk suamiku, maka janganlah biarkan aku menjadi mangsa orang kafir dan orang zalim”.

Doa Mengelakkan Anak Daripada Dirogol :




Maksudnya : “Ya Allah, sekiranya Engkau mengetahui bahawa anak perempuanku beriman denganMu dan RasulMu, dan dia memelihara kehormatannya hanya untuk suaminya, maka janganlah biarkan dia menjadi mangsa orang kafir dan orang zalim”.


Nota: Kalimah yang bergaris menandakan perbezaan di antara doa untuk diri sendiri & doa untu anak perempuan

InsyaALLAH.. dengan mengamalkan doa ini mudah-mudahan ALLAH peliharalah kita & anak2 kita daripada kejadian yang tak diingini ini~

Monday, 6 June 2011

~Selamat hari lahir ABAH




Ini abah saya.. nama abah saya IDRIS BIN IBRAHIM.
dilahirkan di Bukit Katil, Melaka pada 6Jun1957.. n arini genaplah umur abah 54tahun..
abah saya seorang y penyanyang.. xgarang.. tp kalo sekali dier marah.. leh meleleh woo air mata kental saya... tp abah xsuka marah2 anak dia..  see.. muka abah.. xgrg pon.. npak pendiam kan.. 

TAPiiiiiiii...
abah saya pandai wat lawak taw... jgn xcaye.. heheh.. y paling best.. abah mmg tukang masak y terbaik!! nasi tomato y abah wat.. adalah y terpaling2 sedap di dunia.. dats why la anak2 nya membesar ng terlebih sihat!! hehehhe...
(^___^)v

ABAH..
dia seorang y kuat!! abah selalu tunaikan ape je permintaan kami.. sebab tue la sy sangat saaaaayaaaannnggg kat abah.... walaupun kekdg dia de menyungut... tp dia tunaikan jugak.. hee.. 
dulu tym dok uma sewa kat alor gajah.. setiap jumaat.. kalo xbalik kg.. abah mesti telefon.. suh balik.. sanggup nak bg duit minyak suh balik.. kalo demam.. abah mesti cepat2 bawak gi klinik..
suka gi dusun abah.. nak2 tym musim buah... abah rajin jage pokok buah2an dia... buah cempedak y ade kat kebun abah mmg manis.. sedap.. balik nie nak mkn cempedak la.. 
sedaaapppp..

bila dah bjauhan ni... telefon lah jd penghubung.. sgt risau bila abah xsihat..=(
sy sentiasa berdoa semoga abah sihat selalu & dipanjang kan usia..
abah, ina mintak maaf kalo selama hidup nie ade wat salah kat abah.. halal kan makan & minum ye..
syg sangat2 kat abah..



SELAMAT HARI LAHIR & HARI BAPA ABAH~
you're da best father in da world



Saturday, 4 June 2011

~Resepi: Kek Batik


salam kengkawan.. 
Arini sy nak kongsi satu resepi y senang mudah & pantas utk buat kat umah.. 
iaitu-------> KEK BATIK
resepi nie di beri oleh kakak sy.. dah bape kali buat dah.. tp tetiba arini rase cm nak share je ng anda semua..
check it out~




Bahan-Bahan:

1 paket biskut marie
2 cawan milo
2 cawan gula
1 cawan air
1 botol serbuk koko (botol kecik lam RM1.++)
1/2 buttercup (yg 250g kalo xsilap la)
2 biji telur

* gunakan cawan y sama saiz utk sukat milo,gula & air


cara-cara:

1. Campurkan gula+milo+koko & air ke dalam kuali. Kemudian panaskan sehingga sebati


2. Selepas itu masukkan 1/2buttercup td kacau sehingga sebati jugak
3. Apabila buttercup td dah mencair, masukkan 2 biji telur (y telah di pukul sedikit)
4. dan apabila semua dah sebati.. boleh lah masukkan biskut marie td.. (pecah2 kannya tp jgn terlalu hancur)
*suggestion pecah kpd 2-4 bahagian sahaja.


5. Gaul sehingga biskut sebati kemudian masukkan ke dalam bekas

 

6. kemudian peneyek2 kan. then sejukkan





selamat mencuba!!!! (^___^)v



yummmmyyyy.. siap sedia utk dimakan~

Friday, 3 June 2011

~Doa dan amalan untuk memperolehi zuriat



sumber:

~Ustazah Siti Nor Bahiyah~



Melalui perkahwinan
manusia akan dapat mengembangkan keturunan dan memenuhi ketenteraman jiwa kerana perkahwinan yang harmoni dan sesuai menurut tuntutan Ilahi, dapat memenuhi tuntutan biologi. 
Malah tujuan perkahwinan juga adalah untuk mendapatkan zuriat melalui ikatan sah di sisi agama dan undang-undang
Namun, tidak semua pasangan suami isteri beroleh zuriat setelah berkahwin.
 Ada sesetengah pasangan perlu mengambil masa yang lama untuk memperoleh zuriat dan ada juga yang tidak mempunyai zuriat sehingga tua disebabkan perkara-perkara tertentu. 
Tetapi perlu diingat bahawa semua yang berlaku itu adalah dengan izin dan kehendak ALLAH s.w.t.


Oleh yang demikian, mereka yang beriman dan percaya dengan ketentuanNYA akan redha dengan segala apa yang terjadi terhadap diri mereka. 
Akan tetapi itu tidak bermakna kita hanya perlu akur dan berserah dengan apa yang terjadi tanpa berusaha bersungguh-sungguh untuk memiliki zuriat. 
Dalam Islam terdapat tips atau amalan yang boleh diamalkan agar dipermudahkan mendapat zuriat yang baik dan soleh.



Pertama:
bersangka baik dengan ALLAH s.w.t. serta berdoa dengan membaca ayat 38, surah Ali-Imran yang bermaksud: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa.” 
Al-Imam Al-Samarqandi meriwayatkan bahawa Nabi Zakaria a.s pernah merasakan baginda tidak akan mendapat zuriat sehinggalah baginda melihat anugerah ALLAH s.w.t. 
Maka baginda meyakini bahawa ALLAH berkuasa mengurniakan baginya anak. 
Tambahan pula, baginda memegang amanah menjaga kunci rumah Qurban yang diwarisi turun-temurun. Keturunan dalam ayat ini bermaksud anak yang sihat sejahtera dan berakhlak.


Kedua:
bersangka baik dengan ALLAH s.w.t serta berdoa dengan ayat 89, surah al-Anbiya yang bermaksud: “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkau jua sebaik-baik yang mewarisi.” 
Ayat ini juga berkenaan dengan kisah Nabi Zakaria a.s. untuk memperoleh anak yang baik bagi menyambung zuriatnya.
Amalkan membaca doa ini bersama doa dalam surah Ali-Imran tadi untuk mendapat zuriat. Selain itu berikhtiarlah dengan perkara-perkara yang dibenarkan syarak. 

Pasangan suami isteri juga dinasihatkan supaya memperbanyakkan sedekah, puasa sunat dan qiamullail untuk mendapat anugerah ALLAH s.w.t. yang hebat ini.

Amalan-amalan untuk memperolehi zuriat:

Setelah berusaha dengan perubatan moden dan kampung untuk memperoleh zuriat bahkan telah berdoa kepada Allah, namun belum memperoleh zuriat, maka kita dituntut supaya banyak bersabar dan jangan dalam keadaan tertekan. 
Perasaan yang tidak stabil akan mengganggu keadaan dalam diri anda dan ini akan menyukarkan lagi bagi anda berdua untuk memperolehi zuriat.
Di dalam berdoa kita disuruh menaruh harapan seratus peratus kepada Allah dan yakin bahawa Allah berkuasa untuk mengabulkan doa kita tersebut. 
Yang paling penting awali doa dengan pujian kepada Allah dan selawat kepada Rasulullah SAW begitu juga dalam menutup doa.
Mungkin anda semua boleh mencuba amalan di bawah ini, semoga Allah memberikan jalan penyelesaian yang terbaik untuk anda dalam penantian untuk mendapatkan zuriat.

Amalan pertama

Selepas Fajar ataupun Solat Subuh:

- Baca Bismillah 1 kali

- Kemudian selawat kepada Nabi Muhammad SAW 3 kali.

- Setelah itu sujud dan baca kalimah syahadah 101 kali

- Dalam sujud tersebut mohonlah kepada Allah apa yang kita hajatkan. (Umpamanya: “Ya Allah, kurniakanlah kepada hamba mu zuriat atau anak yang soleh yang Engkau berkati di dunia dan akhirat)

- Kemudian tutup doa tersebut dengan membaca selawat 3 kali.


Amalkanlah cara ini baik suami ataupun isteri selama 15 hari atau teruskan jika masih belum berhasil dan jangan merasa putus asa. Sebab Allah tidak suka terhadap orang yang suka berputus asa.


Amalan kedua

-Suami hendaklah membaca “Ya Mutakabbir” (Allah Yang Maha Memiliki Keagungan ) sebanyak 11 kali sebelum mengadakan jimak.

-Isteri hendaklah membaca “Ya Awwal” (Yang tiada permulaan adaNya) 333 Kali setiap hari.

-Isteri hendaklah membaca setiap hari “Ya Zaljalaali Wal Ikram” 11 kali kemudian tiup di dalam air dan air tersebut diminum.

-Suami isteri hendaklah membaca surah Yusuf / surah Maryam setiap hari.


Amalkanlah dengan penuh harap agar dimakbulkan oleh Allah SWT akan zuriat yang baik dan mendapat rahmat daripada-Nya.

-InsyaALLAH-

Wednesday, 1 June 2011

~Amalan & Adab Suami Semasa Isteri Mengandung


...:::AmaLan suaMi seMasa isteri menGandung:::...

Perkara-perkara yang perlu diamalkan oleh suami ketika isteri mengandung:
  • Suami hendaklah banyak bertaubat kepada Allah SWT
  • Banyak membaca Al-Quran dan mengharapkan agar anak yang ada dalam kandungan isteri akan memahami keinginan baik yang terkandung dalam Al-Quran tersebut
  • Suami hendaklah banyak berpuasa sunat, Isnin dan Khamis dll.
  • Suami hendaklah rajin mengerjakan solah berjemaah.
  • Elakkan pergi ke tempat yang tidak dibenarkan syarak.
  • Rajin menghadiri majlis ilmu dan orang-orang soleh.
  • Suami hendaklah banyak bersabar dalam menjalin hubungan dengan isteri.
  • Dilarang memakan benda-benda haram, begitu juga dilarang memberi isteri rezeki yang tidak halal, rasuah serta wang riba
  • Banyak membaca doa keselamatan isteri yang sedang mengandung dan keselamatan anak dalam kandungan.
  • Dilarang membuka aurat kerana dikuatiri mempengaruhi akhlak anak yang akan lahir nanti.
  • Suami hendaklah menjauhi diri daripada marah dan benci pada isteri.
  • Banyak membaca surah Al Fatihah, Luqman, Yasin, Yusuf, Surah An Nahl ayat 78, surah Al A'raf ayat 189 dan ayat Kursi.



...:::ADab suaMi keTika isTeri SedaNg menGanDung:::...

Ketika isteri mengandung, suami hendaklah benar-benar bertanggungjawab terhadap isteri kerana perasaan isteri sangat sensitif pada saat itu. Ia sangat memerlukan perhatian daripada suami yang disayanginya. Ada beberapa perkara yang perlu suami lakukan terhadap isteri yang sedang mengandung:



  •  Suami hendaklah menunjukkan rasa kasih sayang terhadap isteri, sebagai teman hidup yang paling dekat
  • Hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri serta hindari daripada bersikap kejam terhadap isteri
  • Selesaikan dahulu jika ada perselisihan faham yang berlaku dengan isteri sebelum masuk tidur
  • Jangan mudah mengeluarkan perkataan talaq kepada isteri
  • Ketika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca doa berikut, "La ila ha illa anta subha naka inni kun tu minadzolimin" maksudnya "Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah. Sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang yang zalim."
  • Suami hendaklah kerap solat sunat dan mendoakan agar isteri dan anak dalam kandungan selamat.


...:::Dorongan Suami semasa isteri bersalin:::...

Suami yang soleh akan turut merasakan penderitaan isterinya walaupun tidak secara langsung. Suami harus banyak terlibat dalam proses jagaan kehamilan, kelahiran bayi dan perhatian terhadap isteri. Suami hendaklah memberi motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan bersabar, di samping itu suami harus banyakkan berdoa dan beristigfar dan selawat. Dengan cara ini perasaan isteri akan menjadi tenang dan mudah bersalin.

Mengandung merupakan beban dan tekanan terhadap wanita. Dari segi fizikal, ia harus menampung kandungannya, tubuh badannya bekerja lebih kuat.  Jantungnya mengepam darah 40% lebih daripada keadaan biasa. Buah pinggangnya harus mengendalikan pembuangan kotoran bayinya. Wanita mengandung juga mengalami perubahan emosi.

Waktu pantang dan selepas kelahiran, bayi juga dapat menimbulkan tekanan jiwa dan emosi isteri kerana ia harus menyusu dan membersihkan bayi antara 2-3 jam setiap malam. Suami yang baik akan berusaha mengurangi beban isteri dan turut menjaga bayi di waktu malam.

Begitu seterusnya perhatian dan tanggungjawab suami terhadap isteri itu berterusan, semenjak hamil sehinggalah menjaga anak adalah pekerjaan yang harus dibantu oleh suami agar isteri dapat merasakan kebahagiaan dan keringanan dalam menjalankan tanggung-jawab yang berat itu.