Pages

Monday, 21 May 2012

Set Bersalin TROPICAL HERBS

selingan~
hihihi... sy amik set bersalin nie tym bsalin aritue... best..sgt mudah bg sy.. sebb semua dlkm uncang..cuma rendam dalam air pnas kemudian mandi...=)
Siap PERCUMA bengkung dan minyak telon baby..

di bawah nie ade citer sket tentang set bersalin tropical herbs ni.. 

 SET BERSALIN TROPICAL HERBS

Kehamilan adalah saat-saat istimewa dalam kehidupan seseorang wanita. Pemakanan yang betul dan mengekalkan kecergasan serta kerehatan amatlah penting kerana dia membekalkan keperluan pemakanan kepada bayi yang sedang membesar. Penjagaan lepas bersalin juga penting kerana ibu baru perlu memulihkan tenaga dan daya hidup, untuk penjagaan bayinya yang baru lahir. Dalam kebanyakan kebudayaan Asia, tempoh berpantang ialah masa apabila ibu-ibu baru memulihkan kesihatan, lazimnya dengan makanan, herba terpilih yang istimewa serta amalan tradisional lain.
  • Set Lepas Bersalin Tropical Herbs adalah sistem herba lengkap untuk membantu ibu baru memulihkan tubuhnya, di dalam dan di luar dengan cepat dan mudah.
  • Sistem komphrehensif ini mempunyai 10 komponen herba yang diguna selama 44 hari untuk penjagaan lengkap dan pemulihan ibu-ibu baru lepas bersalin. Bengkung Lepas Bersalin PERCUMA juga ada dimasukkan dengan setiap pembelian set ini.
  • Ini adalah rumusan tropika yang mengandungi herba-herba yang telah diguna secara tradisional oleh orang Cina, India, dan Islam untuk membantu pemulihan ibu baru semasa pantang. 
  •  
Untuk dimakan:

Teh Herba, Lepas Bersalin 1 dan Lepas Bersalin 2.







Untuk Kegunaan Luaran:

Herba Pembersih Wanita, Herba Mandian, Minyak Urut Herba, Campuran Peramping Perut, Campuran Penghangat Badan, dan Campuran Penenang.

Ciri-ciri dan Faedah
  • Lengkap dan mudah.
    Memberi penyelesaian mudah. Segala yang anda perlukan ada dalam pek ini. Penyediaan minimum diperlukan kerana semua produk telah disukat terlebih dahulu dan sedia diguna.
  • Keberkesanan Terbukti.
    Herba-herba yang diguna telah diuji sejak turun temurun dan terbukti secara saintifik.
  • Herba-herba yang distandardkan.
    Mengguna ekstrak bahan aktif herba yang distandardkan untuk kualiti dan konsistensi rumusan.
  • Tiada pewarna dan perasa tiruan atau pengawet yang ditambah.
  • Kapsul sayuran. Minyak yang diguna adalah berasaskan tumbuhan.
    Produk ini sesuai untuk mereka yang vegetarian dan mereka yang mempunyai larangan agama.
  • Pengilang herba bertauliah.
    Dengan pengalaman bertahun-tahun di bidang pengeluaran produk berasaskan herba, syarikat ini memenuhi kriteria Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK/DCA) untuk Amalan Pengilangan yang Baik (GMP)




PERCUMA!!!

MINYAK TELON BABY & BENGKUNG




Jika berminat boleh sms Lina di 017-6359079.

harga pasaran: RM293
harga kami: RM273 (free postage)

make order now!=)

boleh tgk order dlm page lina jugak=)

 http://www.facebook.com/pages/MamaNa-papaCo-shop-AS0345381-K


















Sunday, 20 May 2012

Pengalaman Bersalin {part II}

keesokan hari nya... suami membawaku mendaftar di hospital yang telah kami persetujui untuk menyambut kelahiran anak pertama kami ini... kami memilih Hospital Pantai Melaka. kenapa hospital nie jd pilihan??

Pertama nya.. dekat dengan rumah mak sy.. incase sakit nk bsalin suami ckp dekat sket fmly sy nk anta..(sebb suami akan balik ke mlka bila sy dah sakit nk bsalin).
Kedua.. dari feedback yang sy dpt dari kengkawan mengatakan hospital nie bagus dr semua aspect. (terbukti)
Ketiga.. sebb di hospital nie shaja y sy tahu ade doktor pakar perempuan islam.. Mmg sejak awal kehamilan lg suami kalo boleh nak cari doktor perempuan untuk sambut anak kami..sesusah mane pon..akan kami usahakan.. alhamdulillah..kami jumpa doktor itu.. Dr. Hanisah..baek.. senang nak berinteraksi dengannya.

p/s:Terima Kasih abg kerana berusaha dr sume aspek untuk mendapatkan Dr. perempuan untuk sy.. sanggup berhabis untuk mendpatkannya..alhamdulilah..


selepas balik dr hospital, suami bersiap sedia untuk pulang ke kedah..tiket bas kul 9.30mlm...
hati nie dah mula nanges... diselubungi perasaan yang teramat sedey... mungkin bby dpt rase y babah nyer nk balik ke kedah.. akan berjauhan dengan nyer beberapa hari... oh anak... kau membuatkan ibu mu tiada malu lg di melaka sentral.. air mata berjurai2 keluar.. xdpt dibendung... terlalu sedey... nie pertama kali sejak kami kawen,..duduk berasingan n bjauhan.. bayangkan..mak sy pon boleh mengalir air mata tgk sy menanges! sungguh sedey tym tue.. sejak suami pulang ke kedah.. mak la jd peneman tido sy... (terasa cm tym kecik2 dulu..tido ng mak) terima kasih mak! muaaahhhh!

seminngu dah berjauhan dengan suami... aku seperti biase sambung wat check up di klinik kesihatan (klinik ibu & anak) n xlupa jugak.. check up di pntai...

ALAMAK!!!!!
tym buat check up dengar degupan jantung bby.. nurse ckp laju! bacaan sehingga mencecah 170++
terus nurse KK suh refer hospital.. tym tu kakak y bawak sy... kami pon bgegas ke spital.. cian kak long.. kene amik EL sebb nk bawak sy ke spital.... nak tau selanjut nyerrr???

bersambung la pulakkk... esuk ye sy sambung.. jam dh menunjukkan waktu 22:22.. mate ngantuk lak...sonok tgk dinie tido...gud nite~
zzZZZZzzzzzzzzz~

nantikan 

Pengalaman Bersalin {part III} lak.... heheheh


tunggggguuuuuu.......=)

Pengalaman Bersalin {part 1}

kalo nak bercerita tentang pengalaman bersalin nie.. satu hari satu mlm pon xabis.. hehe... panjaaang cite nyer..macam-macam yang sy lalui... tp sy bersyukur sangat2.. anak sy selamat dan membesar dengan sihat!=)

okla... jom ikut kisah sy nie...
utk kelahiran pertama nie..sy mengambil keputusan (yang telah dipersetujui oleh incik suami) nk berpantang di Melaka.. sy ambil cuti awal 2minggu dr tarikh dijangka bersalin... y best nyer... pulang ke melaka.. naek bas! hehe... bygkan tym tue ngah sarat ng perot... boleh pulak naek bas.. dah la jaoh.. KEDAH---> MELAKA..
Memang tawakal je tym tue.. kalo nk bsalin.. suh la pakcik bas tue bhenti kat mane2 spital.. kalo xsempat..alamatnyer dapat naek bas free la spnjg hayat...hihihi..

sebenarnyer..suami xsetuju dengan keputusan nak naek bas... tp sy teringin nak naek bas before bersalin..bukan ape.sy kesian ng dia... hantar sy balik ke mlka.. keesokan hari nya lak mau pulang ke kedah semula... kesian nanti drive sorg2 lak balik ke kedah.. so sy pon amik keputusan untuk naek bas.. dalam hati nie tawakal je la... mohon pd Allah semoga selamat pjlnan kami ke melaka.. alhamdulillah.. selamat smp ke melaka... tym naek bas tue.. kandungan dah 37 weeks..



cantik kan bas nie...memang sangat selesa naek bas nie... naek2 je.. dpt air mineral free.. bagus kan..? hihi.. ade siaran berbayar.. boleh wifi..mcm2 adaa...
alamak.. promote bas la pulak.. hihi.. 

tamat citer sal perjalanan pulang untuk berrpantang dr KEDAH ke MELAKA.. 

...:::to be continue~

I'm Back!!!

As Salam semua!

fuuhhhhh!! berabuk dah blog sy nie.. dah lame xupdate... maklum la.. baru nk menyesuaikan diri dengan kehidupan baru.... alhamdulillah.. dengan kehadiran puteri sulong sy.. menyinari lagi kehidupan sy dan suami...=)


Nampaknyer sy kene bermula balik menulis blog.. rindu nk karang2 ayat nie.. heheh... sebagai permulaan.. sy nk bercerita tentang pengalaman bersalin sy.. kenangan y sangat terindah..sy akan cuba cerita xkn tertinggal satu saat pon pngalaman manis nie..♥♥♥


nak tgk muka bby sy x??? hihi..sekarang dah 6Bulan taw! cepatkan mase berlalu...


let me introduce myLiL Princess~

myLiL baby=)