Pages

Monday, 11 July 2011

~Tanggungjawab Bapa Terhadap Kelahiran Anak

Kelahiran bayi yang dikandungkan oleh isteri adalah satu penantian yang amat bermakna bg si suami. zuriat kurniaan Allah y ditunggu2nya selama 9bulan di dalam kandungan isteri nya.. pabila anak itu lahir.. bapa juga memainkan peranan dalam menyambut org baru dalam kehidupan berumahtangga..antaranya ialah...

Menanam Uri
Kebanyakan daripada kita tidak menghiraukan tentang kepentingan uri. Di saat-saat kegembiraan menerima ahli baru, seringkali uri dilupakan. Jika pihak keluaga tidak mengambil uri, klinik atau hospital mengumpulkan uri-uri itu dan didermakan kepada syarikat swasta. Kemudian uri itu diproses bagi memperolehi hormon yang terkandung di dalamnya. Hormon hormon ini banyak digunakan dalam alat-alat kecantikan dan solekan. Sebahagian ibu bapa cuma membuangkannya dalam tong sampah tanpa memikirkan uri adalah teman rapat bayi di dalam kandungan. Uri amat penting kepada bayi. Orang tua dahulu mengamalkan cara menanam uri dengan baik. Mereka mencuci dan membalutnya dengan kain dan ditanam. Adab ini adalah baik kerana menghargai sesuatu.


Mengazan & Mengqamatkan

Bayi yang baru lahir telinganya berfungsi dengan baik. Islam menganjurkan diazankan di telinga kanan dan diqamatkan di telinga kiri. Tujuannya ialah untuk mengingatkan kembali anak tentang perjanjian yang pernah dikaitkan dengan tuhan di alam Rohani.


Mendoakan Anak

Usaha membesarkan dan mendidik anak supaya menjadi manusia berguna bukanlah suatu yang dapat dipastikan kejayaannya. Berdoa adalah satu usaha. Doa merupakan usaha meminta pertolongan kepada Allah. 

 


p/s: abis dah entry bout tanggungjawab suami terhadap kelahiran bayi.. hope diz information berguna untuk kita semua..to myhubby..bc ye.. tambah2 ilmu keibu bapaan kita=) ha..pasni sy ade artikel pulak tentang panduan menamakan bayi.. so nantikan ye.. sharing is caring~ (^__^)

Wednesday, 6 July 2011

~Sambungan isra' mi'raj


TAHUKAH ANDA??????

1. ada 2 perkara yang mudah untuk kita mendapat pahala TANPA memerlukan niat atau keikhlasan di dalam hati.. iaitu: 

 Menyebut nama Nabi MUhammad S.A.W & berselawat ke atas nya
   ~dengan berbuat demikian senang2 je kita dapat pahala kan. bukan susah pun kan..

 Membaca Al-Quran
   ~walaupun kita membaca tanpa mengetahui maksudnya. (kalo memahami lg bagus)

2. Perkara-perkara yang kita tidak boleh beli dengan wang ringgit antaranya:

 Kepercayaan orang terhadap diri kita
 Skill
 Anak-anak
 Masa


3. Setiap makanan y hendak kita mkan y tidak disertakan dengan bacaan bismillah adalah makanan syaitam & sekutunya.


4. Syaitan pernah bersumpah bahawa akan berada di kemaluan anak2 adam sekiranya mereka tidak membaca bismillah ketika berjimak bersama ng pasangan nya (untuk mereka yang dah berkahwin ye).