Kelahiran bayi yang dikandungkan oleh isteri adalah satu penantian yang amat bermakna bg si suami. zuriat kurniaan Allah y ditunggu2nya selama 9bulan di dalam kandungan isteri nya.. pabila anak itu lahir.. bapa juga memainkan peranan dalam menyambut org baru dalam kehidupan berumahtangga..antaranya ialah...Menanam Uri
Kebanyakan daripada kita tidak menghiraukan tentang kepentingan uri. Di saat-saat kegembiraan menerima ahli baru, seringkali uri dilupakan. Jika pihak keluaga tidak mengambil uri, klinik atau hospital mengumpulkan uri-uri itu dan didermakan kepada syarikat swasta. Kemudian uri itu diproses bagi memperolehi hormon yang terkandung di dalamnya. Hormon hormon ini banyak digunakan dalam alat-alat kecantikan dan solekan. Sebahagian ibu bapa cuma membuangkannya dalam tong sampah tanpa memikirkan uri adalah teman rapat bayi di dalam kandungan. Uri amat penting kepada bayi. Orang tua dahulu mengamalkan cara menanam uri dengan baik. Mereka mencuci dan membalutnya dengan kain dan ditanam. Adab ini adalah baik kerana menghargai sesuatu.
Mengazan & Mengqamatkan
Mendoakan Anak
Usaha membesarkan dan mendidik anak supaya menjadi manusia berguna bukanlah suatu yang dapat dipastikan kejayaannya. Berdoa adalah satu usaha. Doa merupakan usaha meminta pertolongan kepada Allah.
p/s: abis dah entry bout tanggungjawab suami terhadap kelahiran bayi.. hope diz information berguna untuk kita semua..to myhubby..bc ye.. tambah2 ilmu keibu bapaan kita=) ha..pasni sy ade artikel pulak tentang panduan menamakan bayi.. so nantikan ye.. sharing is caring~ (^__^)

2 ulasan:
wah sudah training che omar...
hihihi.. kongsi2...
Post a Comment